Iklan tamat: 19 April 2009 Iklan tamat: 14 April 2010 Iklan tamat: 20 Julai 2010 Iklan tamat: 28 Julai 2010 Iklan tamat: 28 Julai 2010
+ Reply to Thread
Page 1 of 2
1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 12
  1. #1
    Administrator cyberchanglun's Avatar
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    KomPleks Changlun
    Age
    21
    Posts
    22,970
    Blog Entries
    110

    Siapakah di sebalik Facebook

    Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang aku ingin kongsikan.

    Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Betulkan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.

    Sebenarnya, ada sebahagian "dark side" yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah "lihat" dan "terus melihat". Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan. Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA?

    Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime they want! Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun
    memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, "nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita, senang sikit!"

    Malang sekali bukan itu yang berlaku.

    Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.

    Mari kita lihat apakah yang Facebook nyatakan mengenai butir-butir peribadi yang kita sendiri masukkan dalam account Facebook kita.

    Cuba bayangkan!

    Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme), mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai "title" sebagai "professional" seperti seorang doktor, peguam, PROFESSOR, scientist dan yang seumpamanya… inilah MANGSA CIA yang sebenarnya.

    Mengapa?

    Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu "kalah" dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi. Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri?

    Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?
    - Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.
    - Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.
    - Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily schedule, habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan. Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.

    Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.
    Kita marah bila orang mencungkil privacy kita.

    Tapi kita tidak sedar yang kita telah "berikan" semuanya di dalam Facebook kita! Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya: Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Sebelum dia serang, mereka akan bunuh dahulu golongan bijak pandai ini…. tiada apa yang tinggal. Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka?

    Facebook best!
    Face book nombor 1 sekarang !!!
    Memang betul.

    Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya.

    Dan ini juga adalah satu fakta:
    Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Jika kamu hendak tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG di sebalik laman web sosial ini,
    kamu harus memberikan fokus yang sepenuhnya pada slide flash video yang akan kamu lihat sebentar lagi. Mainkannya berulang-ulang dan cuba fahamkan.

    Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.

    Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan benda PERCUMA sebegini.

    Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya, pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi…Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?

    Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja.

    takkan facebook ja....yg lain2 tak sama?
    Reply With Quote   

  2. #2
    Senior puteridiyanah's Avatar
    Join Date
    Jul 2007
    Age
    20
    Posts
    293

    Re: Siapakah di sebalik Facebook

    aku tak tahu pun ade facebook ni..
    baru tahu je ni..hehehe
    Reply With Quote   

  3. #3
    Senior krisis's Avatar
    Join Date
    Jan 2009
    Location
    cpanel
    Posts
    340

    Re: Siapakah di sebalik Facebook

    mna video nyer?
    w w w . s e p a k u . n e t
    Reply With Quote   

  4. #4
    Senior
    Join Date
    Feb 2009
    Posts
    203

    Re: Siapakah di sebalik Facebook

    apa kebenda video lak nie....
    anyway berhati2x la pengguna ms,fs,facebook dll.
    Reply With Quote   

  5. #5
    sNoWhItE's Avatar
    Join Date
    Nov 2007
    Location
    "dIsNeYlAnD" AhAkSsS
    Posts
    17,473

    Re: Siapakah di sebalik Facebook

    ErrRrr.. tErLuPa pLaKs cAmNeR ReGiStEr fS, fCBoOk DoLu2~~
    Kau katakan cinta gunakan akal
    Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
    Bagaimana nak kekal
    Kau katakan cinta gunakan minda
    Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
    Bagaimana nak bahagia


    welcome to aWeKsOpAn blog
    Reply With Quote   

  6. #6
    Super Baiyinah's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    Dekat Depan Komputer, Dalam Bangunan, Dalam Bandar Bintulu, Di Sarawak, Di Malaysia & Di Planet Bumi
    Age
    16
    Posts
    1,056
    Blog Entries
    5

    Re: Siapakah di sebalik Facebook

    Hehehe...Agaknye kalau Baiyinah forwadkan artikel ini ke semua kawan Baiyinah yang ada facebook, Macamana reaksi mereka ye...ekekeke...>
    Reply With Quote   

  7. #7
    Newbie Laloq's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    anak jati kolumpo..spesis yg baik2 maa, matured
    Posts
    54

    Re: Siapakah di sebalik Facebook

    ...aku ..aku dah lama tau pasal nih..so aku selamat la...aku dftr pun pasal nk cari calon miniee maa..sepaku nii selamat kerrr?
    Reply With Quote   

  8. #8
    Freshie
    Join Date
    Nov 2009
    Age
    19
    Posts
    24

    Re: Siapakah di sebalik Facebook

    oo...ak bru tahu....tq
    Reply With Quote   

  9. #9
    Freshie blogger_boy's Avatar
    Join Date
    Dec 2009
    Posts
    12

    Re: Siapakah di sebalik Facebook

    aku nyesal daftar facebook...

    acc kat facebook tuh kalu kita delate x akan terpadam..

    pic yg kita uplod jugak x leh nk padam
    Reply With Quote   

  10. #10
    Administrator cyberchanglun's Avatar
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    KomPleks Changlun
    Age
    21
    Posts
    22,970
    Blog Entries
    110

    Re: Siapakah di sebalik Facebook

    hahahhaha...mmg betui tak leh padam....sekali dengan den tersangkut
    Reply With Quote   

Similar Threads

  1. Siapakah Orang Yang Paling Sibuk..
    By Bendahara_Johor in forum Sepaku Nur Addin
    Replies: 7
    Last Post: 07-08-2009, 06:04 PM
  2. my facebook link
    By boh_gemock in forum Affiliate Links
    Replies: 0
    Last Post: 01-28-2009, 10:27 PM
  3. Kekeliruan Ttg Siapakah Mahram Kita?
    By babey in forum Sepaku Nur Addin
    Replies: 6
    Last Post: 07-17-2008, 07:54 AM
  4. siapakah kita??? siapa......yaaa...??
    By luvflowerpot in forum Sepaku Nur Addin
    Replies: 0
    Last Post: 05-29-2008, 03:06 PM
  5. Siapakah Perempuan?????
    By princessdiya in forum Sepaku Pendidikan
    Replies: 9
    Last Post: 12-26-2007, 03:17 PM

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts