Semua points yg dinyatakan di atas tu mmg patut buat org lelaki marah..Contohnya, kalau dah berdandan berjam-jam,dah byk buang masa...kalau ada kecemasan, bagaimana agaknya...kot masih nak berdandan berjam-jam?
6 Perkara Buat Lelaki Marah
Walau sedalam manapun rasa sayang dan cinta lelaki terhadap wanita, namun ada beberapa perkara yang apabila dilakukan oleh wanita, pastinya akan mengundang kemarahan lelaki.Semak 6 perkara yang boleh mengundang rasa marah lelaki!
1) Berpakaian dan berdandan berjam-jam. Kaum lelaki tidak sabar menunggu kekasihnya yang berdandan dan berhias berjam-jam semata-mata untuk keluar makan malam di restoran.Lelaki juga tidak akan dapat memahami mengapa wanita mengambil masa selama itu untuk bersiap.
2) Berbual terus menerus tentang hubungan. Lelaki umumnya tidak suka jika perempuan terus menerus membicarakan tentang hubungan mereka. Tentang bagaimana untuk meningkatkan hubungan menjadi lebih baik. Lelaki ingin romantik, tetapi bukan melalui percakapan.
3) Memberi saranan tentang cara pemanduannya. Umumnya mereka tidak suka jika kekasihnya mula memberikan komen tentang caranya membawa kenderaan. Apakah terlalu cepat atau lambat atau salah membelokkan arah.
4) Terus menerus mengeluh tentang kegemukan. Diet dan kalori rendah menduduki urutan terbawah pada minat lelaki. Tidak ada lelaki yang suka dikatakan perutnya gendut.
5) Menuduhnya melirik perempuan lain. Meskipun pada dasarnya lelaki memang suka melirik perempuan lain, tetapi jika sesekali dia melihat dari kejauhan, belum tentu dia sedang menatap liuk tubuh wanita itu. Lelaki tidak suka dikatakan melihat perempuan cantik sekalipun memang begitulah sebenarnya.
6) Berkata tidak mempunyai baju. Kebanyakan lelaki tidak selesai berfikir perempuan boleh mengatakan tidak mempunyai baju, padahal sudah penuh almari. Kata-kata sebegini dan kebiasaan yang dianggap normal oleh perempuan amat menjengkelkan lelaki. Namun, jangan bimbang, mereka sudah pasti kembali seperti ungkapan seorang lelaki bahawa perempuan tidak boleh hidup tanpa mereka. Kedengarannya memang egois, tetapi itulah keadaannya.
Semua points yg dinyatakan di atas tu mmg patut buat org lelaki marah..Contohnya, kalau dah berdandan berjam-jam,dah byk buang masa...kalau ada kecemasan, bagaimana agaknya...kot masih nak berdandan berjam-jam?
oh...Lelaki...
1. Bila si dia sibuk........
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.
2. Bila si dia ego.......
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
3. Bila si dia romantik........
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.
4. Bila si dia panas baran........
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.
5. Bila si dia penat.......
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.
6. Bila si dia pentingkan diri sendiri.........
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.
7. Bila si dia mengongkong.....
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.
8. Bila si dia selamba.......
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.
9. Bila si dia curang.....
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.
10. Bila si dia lurus bendul......
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat...![]()
ada yang betul dan ada yang salah dalam perhubungan yang penting... kenelah bertolak ansur, tak semuanya salah lelaki, n tak semuanya salah perempuan...
dah Tuhan ciptakan memasing ada kelemahan, kenelah masing2 terima...
huhuhuhu........info yang baik untuk girl
Bagus info ni..moga ia dpt membantu mengeratkn hubungan pasangan kekasih & yg telah berkeluarga..
oh lelaki...
kdg2 pening kpala dgn lelaki ni...
huhuhuhu...
LurVe bE cOmE tRuE iF U tRusT eAch OtHeR....
www.myspace.com/ezmira
eleh..tau marah dia je..
lum tgk lagi marah pompuan..hahahhahaa...![]()
TIGA TANDA DIA JODOH KITA
~BERSAHAJA~SENANG BERSAMA~TERIMA KITA SEADANYA!
semua points kat atas mmg btul.. den sokong..
lagi2 bab berdandan 2... pompuan solek lawa2 pon tuk sapo..
tuk lelaki jugak kan... kaum lelaki nk ke kuar ngan pompuan yg selekeh... kui3....
kalo de kecemasan, xdelah nk berdandan berjam2.. pe daa....
ape2 pon gurlz always da best :best: hihiihihi :lawak: