huhuhuhu..........takde masa nak tengok
RAHSIA MATA WANITA
Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati.....
Mata juga mengungkap pelbagai makna....firasat tersirat.
Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan,
tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn
pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA.
Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata....
SIFAT MATA WANITA SIKAP WANITA
Saiz mata kecil...
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya.
Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya.
Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas.
Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.
Saiz mata sedang...
Sederhana,tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.
Saiz mata lebar...
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.
Mata selalu berkedip...
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar.
Wanita ini baik
Mata jarang berkedip...
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.
Mata cengkung...
Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.
(mngkin x suma cam 2)
Mata redup....
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi,
hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat,
mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah. (ye ke?)
Matanya seolah tersembul keluar ...
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya...
:ok:
Last edited by cykick; 11-05-2007 at 11:02 AM.
huhuhuhu..........takde masa nak tengok
mata sy kategori ape ye??
:victory:
pEacE.......................
huhuhuhu...1 info y bgs...
""... riNdU Ku T'ciPtA uNtuKmU...""
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH(PSIS)
Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air
Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar
bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh
unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini
merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan.
Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan
yang mempunyai unsur sepertinya.
Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur
seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas
Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan
mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-
sifat seperti:
* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh,
setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak
suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan
seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi
galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau
membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut,
pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.
Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta
menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih,
menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air
mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa
bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak
serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-
anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan
malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta
digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat
cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang
yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai
menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan
suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan
keadaan.
Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita
yang berunsurkan angin:
* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
so tgk la awek2 korang dalam kategori apa eh...:victory:
jenuh nk tgk & belek..
heheheh...
LurVe bE cOmE tRuE iF U tRusT eAch OtHeR....
www.myspace.com/ezmira
ala belek ja...bukan nak kena duit pn....:lawak:
hehehe...zie anak no 8..angin...
Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita
yang berunsurkan angin:
* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
TIGA TANDA DIA JODOH KITA
~BERSAHAJA~SENANG BERSAMA~TERIMA KITA SEADANYA!