Iklan tamat: 19 April 2009 Iklan tamat: 14 April 2010 Iklan tamat: 20 Julai 2010 Iklan tamat: 28 Julai 2010 Iklan tamat: 28 Julai 2010
+ Reply to Thread
Results 1 to 3 of 3

Thread: putus cinta???

  1. #1
    Newbie sekincankecik's Avatar
    Join Date
    Jul 2007
    Posts
    88

    putus cinta???

    Ramai orang tahu apa makna break ataupun clash dalam perhubungan. Saya tahu ada dikalangan anda yang pernah clash dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada ketika itu. Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai-jurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat-saat anda bersama dengan pasangan anda hadir satu per satu dalam minda pada waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.

    Ada pembaca yang bertanya pada saya, apa yang perlu dilakukan apabila sudah break. Pembaca tersebut tidak tahu apa yang dia patut lakukan. Dia terasa sangat sedih dan tertekan dengan keadaan tersebut. Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa tips yang boleh anda gunakan seandainya perkara ini berlaku pada anda.

    1. Banyakkan berdoa dan bersabar - Memang ayat ini merupakan ayat yang biasa anda dengar. Kalau anda menceritakan masalah anda kepada rakan anda mengenai hal ini, mereka pun akan berkata sedemikian. Anda perlulah bersabar. Mungkin si dia bukan jodoh anda. Mungkin ada seseorang yang lebih baik dan lebih sesuai untuk menjadi teman hidup anda. Anda hanya perlu bersabar dan nantikannya.

    2. Makan coklat - Mengikut kajian dan beberapa artikel yang pernah saya baca, coklat dapat menenangkan seseorang. Jadi untuk menenangkan diri anda, anda makanlah coklat. Kalau tidak pun, anda makanlah aiskrim. Aiskrim juga dapat menenangkan diri anda yang sedang bercelaru itu. Tetapi bagi mereka yang takut akan gemuk kerana makan coklat atau aiskrim ini, anda boleh ikut tips yang seterusnya. Tapi kenapa anda takut gemuk ye?

    3. Luahkan kepada kawan rapat - Saya percaya setiap orang mempunyai rakan karib. Rakan karib yang saya maksudkan di sini bukanlah bekas kekasih anda itu tetapi rakan baik anda yang dapat anda kongsikan masalah anda ini. Ceritakan masalah tersebut pada dia dan luahkan segalanya. Ini dapat mengurangkan rasa tertekan dan selain daripada itu, ia dapat memberikan peluang untuk rakan baik anda itu untuk memberikan pendapat dan kata-kata nasihat beliau.

    4. Berhibur - Buatlah sesuatu yang dapat menghiburkan hati anda. Menyanyi ke, bermain game ke, tengok wayang dengan rakan-rakan ke, ape ke. Apabila anda berhibur, anda akan berasa gembira dan terlupa sebentar akan masalah anda itu.

    5. Tidur - Kalau susah sangat, lebih baik anda tidur. Dalam nangis teresak-esak itu, anda akan berasa penat dan akhir sekali anda akan tertidur. Apabila anda terjaga dari tidur, diri anda akan berasa segar dan pemikiran anda lebih terbuka untuk menerima apa yang telah berlaku. Analoginya adalah sama pada budak kecil yang menangis yang menginginkan sesuatu. Budak kecil itu akan menangis dan menangis dan apabila sudah puas menangis, budak kecil itu akan terlena dengan nyenyaknya. Apabila terjaga dari tidur, dia akan terlupa dan tidak kisah dengan benda yang dia inginkan pada sebelumnya.

    Dengan tips-tips ini, diharapkan ia dapat membantu anda dalam menangani masalah anda. Dan, sekiranya anda mempunyai tips-tips tambahan untuk artikel ini, anda boleh sampaikan ia melalui komen di bawah.

    p/s : swi ow klu da adew...
    Reply With Quote   

  2. #2
    spongebox's Avatar
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    PLaNeT BuMi
    Age
    23
    Posts
    1,428
    Blog Entries
    1

    btul gak tips ni..tp bg den la klu pts cinta,den lbh ske g jln2 or shopping tp klu tgh sengkek,den ske dok umh dgr lgu2 ganeh...klu dgr lgu2 ganeh xde la rs sedey....
    Reply With Quote   

  3. #3
    Freshie aishahZ's Avatar
    Join Date
    Nov 2007
    Age
    23
    Posts
    12

    hurm..bley diterima pakai...
    tp paling bez skali mkan..makan dan makan..then..wat lawak jer ngn sumer owang..
    then mesty ley luper sket2...
    tp aper2,1st luv mmg susah nk dilupakan...
    Reply With Quote   

Similar Threads

  1. surat putus cinta (versi omputih)
    By dRaKuLa in forum Sepaku Lawak
    Replies: 11
    Last Post: 04-03-2009, 09:07 PM
  2. tangan putus digigit buaya
    By global_warming in forum Isu Semasa (Malaysia)
    Replies: 2
    Last Post: 11-27-2008, 10:41 AM
  3. Siti Sarah Putus Tunang
    By aniffatika in forum Gosip artis
    Replies: 4
    Last Post: 06-26-2008, 11:12 AM
  4. camner nk smbung couple dh putus???
    By Que-DuSz_BSB in forum Sepaku Cinta
    Replies: 6
    Last Post: 03-02-2008, 07:17 PM
  5. Erra, Hans sah putus cinta
    By puteridiyanah in forum Gosip artis
    Replies: 53
    Last Post: 07-16-2007, 05:46 PM

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts