Bagaimana had laju ditentukan
Biasanya kerajaan menetapkan suatu piawaian bagi had laju bagi lebuh raya dan jalan raya. Untuk memenuhi keperluan piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan, para jurutera trafik merekabentuk jalan raya atau lebuh raya dengan mengkaji pelbagai aspek seperti bentuk muka bumi, jejari selekoh dan sebagainya agar dapat memenuhi piawaian yang ditetapkan. Kelajuan maksimum yang selamat dipandu secara teori pada reka bentuk jalan raya atau lebuh raya dikenali sebagai had laju rekabentuk.
Bagi menetapkan had laju di jalan raya atau lebuh raya tersebut, kerajaan menggunakan Peraturan 85 Peratus, iaitu had laju maksimum ditetapkan pada 85% daripada had laju rekabentuk, misalnya Lebuh Raya Utara Selatan direkabentuk dengan had laju rekabentuk 130 km/j tetapi had laju maksimum yang dibenarkan ialah 110 km/j. Punca utama penggunaan Peraturan 85 Peratus ini adalah kerana taburan tertinggi kenderaan yang selamat dipandu ialah pada 85% daripada had laju rekabentuk tersebut. Kebanyakan negara menggunakan Peraturan 85 Peratus bagi menetapkan had laju termasuklah Malaysia.
LEBUH RAYA UTARA SELATAN DI REKABENTUK DENGAN HAD LAJU REKABENTUK 130km/j SAHAJA JADI JIKA ANDA MEMANDU MELEBIHI KELAJUAN ITU ADALAH SATU TINDAKAN AMAT BERBAHAYA
WALAUPUN KENDERAAN ANDA MAMPU MEMECUT SEHINGGA 200km/j TETAPI KEADAAN PERMUKAAN JALAN YANG ANDA LALUI HANYA UNTUK KELAJUAN 130km/j saja
Itu tidak termasuk faktor keadaan cuaca semasa serta kehadiran Angin Lintang di tambah pula keadaan jalan yang beralun-alun seperti yang wujud pada laluan lebuh raya yang melintasi tanah sawah padi dalam negeri Kedah dan Pulau Pinang.
jalan kut2 lepas pada jitra tuh....bawa laju macam tak pi ja....lawan dengan angin mai depan![]()