Iklan tamat: 19 April 2009 Iklan tamat: 14 April 2010 Iklan tamat: 20 Julai 2010 Iklan tamat: 28 Julai 2010 Iklan tamat: 28 Julai 2010
+ Reply to Thread
Page 1 of 9
1 2 3 4 5 ... LastLast
Results 1 to 10 of 84

Thread: fahami makna CINTA

  1. #1
    Administrator
    nur_qaseh's Avatar

    Join Date: Jan 2009
    Location: kuala lumpur
    Posts: 6,747
    Blog Entries
    51

    fahami makna CINTA

    Fahami makna cinta



    HANYA mereka yang pernah melaluinya pasti menyatakan betapa indahnya meneroka dunia cinta.

    Yang gagal pula barangkali serik untuk meneruskannya buat kali kedua. Namun kepada mereka yang suka memburu cinta, istilah tewas, kecewa, pedih atau terluka tiada dalam kamus hidup mereka.

    Sayang, cinta, kasih, suka atau obses kepada seseorang adalah elemen yang tertera dalam dunia perkasihan. Anugerah cinta adalah nilai yang tidak terhitung kerana di dalamnya terkandung pelbagai perkara yang memungkinkan anda bertemu dengan pelbagai rencah dan ranjau berbisa sebelum akhirnya menemukan cinta sejati.

    Mungkin perasaan sedemikian pernah atau sudah anda lalui tetapi bagi yang baru pertama kali berdepan dengan perasaan dianggap aneh itu, ia mungkin satu pengalaman sukar ditafsirkan.


    Hayati makna yang terkandung dalam kata-kata menyukai, menyayangi, mencintai atau apa saja yang berkaitan dengannya sebagai panduan.


    1) Saat kau menyukai seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.

    2) Saat kau menyayangi seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

    3) Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

    4) Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.

    5) ‘Suka’ adalah saat dia menangis, kau akan berkata: “Sudahlah, jangan menangis.”

    6) ‘Sayang’ adalah saat dia menangis dan kau akan menangis bersamanya.

    7) ‘Cinta’ adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata: “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”

    8) ‘Suka’ adalah saat kau melihatnya kau akan berkata: “Ia sangat tampan dan menawan.”

    9) ‘Sayang’ adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

    10) ‘Cinta’ adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata: “Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.”

    11) Di saat orang yang kau suka menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.

    12) Di saat orang yang kau sayang menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.

    13) Di saat orang yang kau cintai menyakitimu, kau akan berkata: “Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”

    14) Di saat kau suka padanya, kau akan ‘memaksanya’ untuk menyukaimu.

    15) Di saat kau sayang padanya, kau akan membiarkannya memilih.

    16) Di saat kau cinta padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.

    17) ‘Suka’ adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.

    18) ‘Sayang’ adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.

    19) ‘Suka’ adalah hal yang menuntut. ‘Sayang’ adalah hal memberi dan menerima.

    20) Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.
    Last edited by nur_qaseh; 02-19-2009 at 01:58 PM.
    ~TaK HeNtI HaTi InI MeNyEbUt NaMaMu, TaK HeNti JuA DeGuPaN RiNdU InI MeMaLu JaNtUnGkU....~

    Read The Sepaku Rules Or Get Banned!~

  2. #2
    gadizzjohoe's Avatar

    Join Date: Feb 2008
    Location: ~sudut redha ILLAHI~
    Posts: 9,291
    Blog Entries
    15

    Re: fahami makna CINTA

    ‘Cinta’ adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata: “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”

    bestnya ek mesti romantis sgt masa tu
    ~Dimanakah dikau "IMAM DALAM SOLATKU?"~

  3. #3
    Senior
    kupyan's Avatar

    Join Date: Jan 2008
    Location: Malaysia, Ganu.
    Posts: 224

    Re: fahami makna CINTA

    cinta...apa itu cinta?

  4. #4
    gadizzjohoe's Avatar

    Join Date: Feb 2008
    Location: ~sudut redha ILLAHI~
    Posts: 9,291
    Blog Entries
    15

    Re: fahami makna CINTA

    erm abg pyan mesti lbh arif kan
    ~Dimanakah dikau "IMAM DALAM SOLATKU?"~

  5. #5
    Senior
    kupyan's Avatar

    Join Date: Jan 2008
    Location: Malaysia, Ganu.
    Posts: 224

    Re: fahami makna CINTA

    Quote Originally Posted by gadizzjohoe View Post
    erm abg pyan mesti lbh arif kan
    malas pikirlah pasal cinta2 ni..biarlah org yg benar2 bersedia je yg ckp pasal cinta huhhu

  6. #6
    gadizzjohoe's Avatar

    Join Date: Feb 2008
    Location: ~sudut redha ILLAHI~
    Posts: 9,291
    Blog Entries
    15

    Re: fahami makna CINTA

    ye betull...makna selagi x sedia jangan cakap ek..xpe2...abg x yah cakap..kt nk cakap sb kt dah lama sedia nk bercinta
    ~Dimanakah dikau "IMAM DALAM SOLATKU?"~

  7. #7
    Senior
    kupyan's Avatar

    Join Date: Jan 2008
    Location: Malaysia, Ganu.
    Posts: 224

    Re: fahami makna CINTA

    Quote Originally Posted by gadizzjohoe View Post
    ye betull...makna selagi x sedia jangan cakap ek..xpe2...abg x yah cakap..kt nk cakap sb kt dah lama sedia nk bercinta
    Tahniahlah krn gadiz dah jumper cinta sejati selamat bercinta [-O<

  8. #8
    gadizzjohoe's Avatar

    Join Date: Feb 2008
    Location: ~sudut redha ILLAHI~
    Posts: 9,291
    Blog Entries
    15

    Re: fahami makna CINTA

    erm insyallah jumpa tu x llg cuma kena sedia kan sb semua manusia perlukan cinta dan sbg manusia biasa kt x leh lari dari cinta kan? ...sama la doa ek
    ~Dimanakah dikau "IMAM DALAM SOLATKU?"~

  9. #9
    Senior
    kupyan's Avatar

    Join Date: Jan 2008
    Location: Malaysia, Ganu.
    Posts: 224

    Re: fahami makna CINTA

    Quote Originally Posted by gadizzjohoe View Post
    erm insyallah jumpa tu x llg cuma kena sedia kan sb semua manusia perlukan cinta dan sbg manusia biasa kt x leh lari dari cinta kan? ...sama la doa ek
    yerlah mmg kita x blh lari biasa, kene lari 100m berpagar ke baru ok

  10. #10
    gadizzjohoe's Avatar

    Join Date: Feb 2008
    Location: ~sudut redha ILLAHI~
    Posts: 9,291
    Blog Entries
    15

    Re: fahami makna CINTA

    oh yeke bang..macam2 rupanya ada dalam lari dari cinta ni ingat 100m dalam sukan olimpik jer ..istilah cinta abg ke tu?
    ~Dimanakah dikau "IMAM DALAM SOLATKU?"~

+ Reply to Thread
Page 1 of 9
1 2 3 4 5 ... LastLast

Similar Threads

  1. ayat2 al quran (jom kita membaca dan fahami)
    By ika^natasya in forum Sepaku Nur Addin
    Replies: 104
    Last Post: 12-23-2009, 01:03 AM
  2. 10Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami
    By hyda in forum Sepaku Cinta
    Replies: 60
    Last Post: 05-29-2009, 03:26 PM
  3. Replies: 8
    Last Post: 09-19-2008, 02:18 PM
  4. Jika Kamu... Renungkan....Hayati dan fahami....
    By ShafiqSod in forum Sembang Santai Sepaku
    Replies: 6
    Last Post: 05-20-2008, 02:54 PM
  5. Fahami fikiran anak apabila mendidik
    By kozumi_ro in forum Sepaku Keluarga
    Replies: 0
    Last Post: 12-06-2007, 11:36 PM

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts