Iklan tamat: 19 April 2009 Iklan tamat: 14 April 2010 Iklan tamat: 20 Julai 2010 Iklan tamat: 28 Julai 2010 Iklan tamat: 28 Julai 2010
Closed Thread
Page 1 of 2
1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 14
  1. #1
    Senior drc4rd1n's Avatar
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    earth
    Posts
    244

    adakah Nabi Adam as manusia pertama? [SELESAI]

    salamun'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu,

    Allah humma solli ala Muhammad wa aali Muhammad.


    adakah nabi adam as merupakan makhluk manusia pertama yg dijadikan dimuka bumi ini...?

  2. #2
    Freshie
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    20

    waalaikum mussalam warahmatullah...
    dah termaktub dalam al-Quran sesungguhnya Nabi Adam merupakan penghulu segala manusia... kenapa masih nak ragu-ragu lagi
    tak caya cuba buka Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 30 hingga 43. kat situ Allah dah cerita secara jelas tentang bagaimana mula-mula dia nak cipta Adam dan dibantah oleh para Malaikat.. sehinggalah Iblis ketika tu mula-mula jadi engkar pada perintah Allah dan seterusnya jadi musuh utama manusia sampai sekarang....
    Banyak lagi surah yang cerita pasal Adam ni sebenarnya... Harap kawan-kawan lain dapat tolong huraikan lagi ek...

  3. #3
    ^SePaKu's BesT MeMbER^ Robert_Haydn's Avatar
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    ~Sarawak Bumi Kenyalang~
    Age
    15
    Posts
    3,938

    xbler r ragu-ragu camni....pegi tengok Al-Quran sumer ada..



  4. #4
    Aggressive amintj's Avatar
    Join Date
    Feb 2008
    Posts
    841

    mesti tpikir manusia evolusi dari beruk ni.hehe.ini adalah teori darvis dan telah disangkal sepenunya oleh alquran dan kajian saintifik.Sebenarnya,mane ada evolusi.cthnya:trex btukar kpd alligator.Xpernah de dlm rekod terutamanya bukti fosil2 y ada pd bjuta-juta thun dulu y masih same dgn spesis skrg dan xubah sket pun dari segi bentuk fizika.Jadi makhluk2 spt t-rex dan binatang2 lain juga xpernah alami evolusi.

    rujuk sini: HARUN YAHYA-THE SKULLS THAT
    DEMOLISH DARWIN

  5. #5
    Super emikerek's Avatar
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    1,025

    Quote Originally Posted by Robert_Haydn View Post
    xbler r ragu-ragu camni....pegi tengok Al-Quran sumer ada..
    tgok saje x jadi..
    kena la baca n faham isi die...
    kalau x pandai bahasa arab susah la...
    ni kite kena rujuk pada orang yg betul la..
    kalau kite buat tadsiran sendiri nanti lain lak jadinyer..

  6. #6
    Freshie
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    20

    Quote Originally Posted by emikerek View Post
    tgok saje x jadi..
    kena la baca n faham isi die...
    kalau x pandai bahasa arab susah la...
    ni kite kena rujuk pada orang yg betul la..
    kalau kite buat tadsiran sendiri nanti lain lak jadinyer..
    a..ah betul tu...
    bab2 agama ni kena tanya org yang betul2 tau..
    kalau rasa tak yakin tu jgn ikut rasa hati sendiri utk tafsirkan apa2 pun samada Hadis atau Al-Quran...

  7. #7
    Freshie Hayykall's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    33

    Dalam Islam memang telah dinyatakan bahawa Nabi Adam a.s merupakan manusia pertama yang dijadikan Allah ... Nabi Adam a.s adalah bapa manusia ..... x pernah aku tau pun ada manusia yang dijadikan sebelum nabi Adam a.s.....

  8. #8
    Senior shamrock's Avatar
    Join Date
    Jul 2007
    Posts
    290

    amin...harun yahya ni la kan yg wat documentary The signs of the creator tu kan...

  9. #9
    sNoWhItE's Avatar
    Join Date
    Nov 2007
    Location
    "dIsNeYlAnD" AhAkSsS
    Posts
    17,473

    Nabi Adam as. bukan makhluk pertama di bumi tetapi merupakan manusia pertama di bumi, kerana sebelum nabi Adam as. di turunkan ke bumi, Allah SWT telah menciptakan bumi ini dengan segala makhluk yang ada didalamnya. Di dalam Al Quran ada diterangkan tentang dialog malaikat dengan Allah tentang rencana Allah ingin menciptakan khalifah di bumi. Dari dialog tersebut membuktikan bahawa Allah telah menciptakan bumi dengan segala isinya, tinggal lagi ingin menciptakan khalifah yang ingin mentakbirnya.Firman Allah SWT maksudnya: "Dan ingatlah kepada Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengatahuinya".
    (Surah Al Baqarah ayat 30) Memang sebelum wujudnya manusia (Adam) telah hidup makhlu-makhluk lain (seperti dinasour) dan sebagainya kerana dalam sebuah ayat, Allah telah mengajarkan kepada nabi Adam tentang makhluk-makhluk yang ada di dalam syurga dan perkara-perkara lain yang bersifat maya.Firman Allah SWT maksudnya: "Dan Allah telah mengajarkan nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Allah berfirman: ' Terangkanlah kepada Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar '.
    Malaikat itu menjawab : ' Maha Suci Engkau ya Allah, kami tidak mempunyai pengetahuan selain apa Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana '.
    Allah berfirman: ' Wahai Adam, terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka '.
    Allah berfirman: ' Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan'."
    (Al Baqarah 31 - 33)
    Sila rujuk buku:
    Kau katakan cinta gunakan akal
    Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
    Bagaimana nak kekal
    Kau katakan cinta gunakan minda
    Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
    Bagaimana nak bahagia


    welcome to aWeKsOpAn blog

  10. #10
    Aggressive amintj's Avatar
    Join Date
    Feb 2008
    Posts
    841

    Ayat yg menjadi petunjuk adanya kehidupan sebelum Adam ialah AQT 2 (alBaqarah):30. Dalam Tafsir Tabari dan Ibn Kathier diriwayatkan pendapat Ibn Abbas, Qatadah dan Ibn Umar bahawa memang sebelum Adam sudah ada kehidupan yg lain dan pernah berlaku peperangan dan pembunuhan serta kerusakan, maka sebab itu para Malaikat protes akan perlantikan Adam sebagai khalifah Allah di bumi.

    (Fatwa Syaikh Salleh alMunajjid, Islam qa)
    Wa'ALLAHu'A`lam...

Similar Threads

  1. Kelebihan Umat Rasulullah S.a.w Menurut Pandangan Nabi Adam A.s
    By cyberchanglun in forum Sepaku Nur Addin
    Replies: 4
    Last Post: 07-23-2008, 11:44 PM
  2. Ksah Habil dan Qabil Putra Nabi Adam as.
    By FieQ in forum Sepaku Nur Addin
    Replies: 1
    Last Post: 07-11-2008, 12:17 PM
  3. Replies: 1
    Last Post: 06-29-2008, 01:19 AM
  4. Sambungan Nabi Adam 2
    By FieQ in forum Sepaku Pendidikan
    Replies: 0
    Last Post: 02-22-2008, 11:05 PM
  5. Cerita Nabi Adam.
    By FieQ in forum Sepaku Pendidikan
    Replies: 0
    Last Post: 02-22-2008, 11:04 PM

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts