Iklan tamat: 19 April 2009 Iklan tamat: 14 April 2010 Iklan tamat: 20 Julai 2010 Iklan tamat: 28 Julai 2010 Iklan tamat: 28 Julai 2010
+ Reply to Thread
Results 1 to 10 of 10

Thread: Siapakah Perempuan?????

  1. #1
    Freshie
    princessdiya's Avatar

    Join Date: Jul 2007
    Location: world
    Posts: 12

    Siapakah Perempuan?????

    PENGENALAN

    Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki. Jika tidak Allah swt tidak akan menjadikan Siti Hawa a.s dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorang di dalam syurga.

    Perempuan begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa perempuan

    > > > 1. hidup seorang lelaki tidak akan sempurna.
    > > > 2. tidak akan bertambah zuriat di muka bumi.
    > > > 3. tidak akan bergelar seorang suami.
    > > > 4. tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga.
    > > > 5. tidak teman untuk bergurau senda.

    Kejadian perempuan adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang

    Perempuan tidak boleh :
    > > > 1. menjadi wali
    > > > 2. menjadi rasul atau nabi
    > > > 3. memberi talak

    Tetapi dua per tiga daripada perempuan menjadi penghuni neraka.

    Keadilan Allah kepada perempuan :
    > > > 1. kelonggaran dalam soal-soal ibadah kerana kedatangan
    haid dan nifas.
    > > > 2. tidak perlu berjemaah di masjid atau di surau.
    > > > 3. tidak wajib menunaikan solat Jumaat.
    > > > 4. tidak disentuh api neraka,jika ikhlas berkhidmat
    untuk suami dan keluarganya serta memelihara
    kehormatan diri dan suaminya.

    Banyak lagi kebaikan dan keistimewaan yang Allah beri kepada
    perempuan yang tidak diberi kepada lelaki membuktikan betapa
    kasihnya Allah swt kepada hambanya yang bergelar perempuan, wanita,gadis, isteri, ibu atau nenek ini.

    KEDUDUKAN DAN KEMULIAAN PEREMPUAN

    Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelaki sebagaimana firmanNya dalam surah an-Nisaa , ayat 34 yang bermaksud:
    " Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihara diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah tetapkan. "

    Namun tidak bermakna perempuan hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain. Jauh tersembunyi, perempuan sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh yang jika digunakan dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendaknya dan memberi segala haknya.

    Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmannya, surah Aali-Imran,
    ayat 14 yang bermaksud :
    " Dihiasi dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan kepada perempuan> "

    Sabda Rasulullah saw tentang besarnya peranan perempuan ini ialah :
    " Perempuan itu tiang negara, jika baik perempuan di sesuatu negara itu, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya. "

    KUASA PUJUKAN PEREMPUAN

    Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi.
    Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

    Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki
    disebabkan daya pujukan wanita :

    > > > 1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
    > > > 2. Anthony dan Cleopatra
    > > > 3. Hitler dan Matahari
    > > > 4. Samson dan Delila
    > > > 5. Abu Lahab dan Hendon

    Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :
    > > > 1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri
    baginda yang lain.
    > > > 2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
    > > > 3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
    > > > 4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.

    KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

    Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh
    menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan
    perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

    KUASA LAYANAN PEREMPUAN

    Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

    KUASA DOA PEREMPUAN

    Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya
    lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw :
    " Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya : "Kenapa
    ya Rasulllah ? " Jawab baginda : " Ibu lebih penyayang dari bapa
    dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia. "

    KUASA TAKWA PEREMPUAN

    Ketakwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertakwa adalah dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya
    melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

    Kuasa takwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjaradaripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

    Kekuasaan takwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah
    swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian menatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

    Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw :

    " Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di
    udara, ikan di air, malaikat di langir, matahari dan bulan :
    semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat
    kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan
    puasanya)."

    KEKALKAN KEMULIAAN PEREMPUAN

    Kalau demikian tinggi dan hebat kemuliaan dan kedudukan perempuan,wajiblah dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana jika Allah mencabut kemuliaan itu, perempuan akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih berhak baginya kecuali neraka.

    Ya Allah, kekallah kami sebagai perempuan yang penuh dengan
    kemuliaan dan berkedudukan tinggi di sisiMu dan peliharalah kami dari ujian yang tidak mampu kami lakukan dan kami memohon kepadaMu agar diberikan kekuatan dalam melaksanakan kebaikan kepada meraka yang berada di sekeliling kami. Amin ya rabbal ' alamin.

    PANDUAN UMUM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH TERHADAP KEDUDUKAN WANITA

    Wanita dan lelaki adalah sama dari segi kemanusiaan. Mempunyai hak dan kewajiban yang sama dalam melaksanakan tugas-tugas agama.

    Islam menghapuskan tuduhan yang dilemparkan oleh ahli-ahli agama sebelum Islam yang merendahkankedudukan wanita.
    Islam memerintahkan manusia supaya memuliakan wanita sebagai anak kecil, isteri dan ibu.

    KEDUDUKAN WANITA DALAM SYARIAT ISLAM

    Islam menganjurkan supaya wanita diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan/pelajaran yang sama dengan kaum lelaki.
    Islam menetapkan asas-asas institusi keluarga yang menjamin
    kepentingan wanita.

    TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIBAN WANITA MENURUT SYARIAT ISLAM

    > > > . Tanggungjawab sebagai hamba Allah
    > > > . Tanggungjawab sebagai isteri
    > > > . Tanggungjawab sebagai pemimpin yang membantu suami
    dalam urusan rumahtangga
    > > > . Tanggungjawab sebagai pendidik generasi akan datang
    Reply With Quote Reply With Quote   Share with Facebook

  2. #2
    Super
    naughtyboykid's Avatar

    Join Date: Jul 2007
    Age: 17
    Location: kedah
    Posts: 1,990

    best btol jd pompuan ni.heheh
    Reply With Quote Reply With Quote   Share with Facebook

  3. #3
    Aggressive

    Join Date: Nov 2007
    Posts: 536

    siapakah lelaki xder ker? hehehehe..
    Reply With Quote Reply With Quote   Share with Facebook

  4. #4
    sNoWhItE's Avatar

    Join Date: Nov 2007
    Location: "dIsNeYlAnD" AhAkSsS
    Posts: 17,473

    UnToNg nYeR D LaHiRkAn sBg sEoRg pEmPuAn.. hIkSsSs..
    Kau katakan cinta gunakan akal
    Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
    Bagaimana nak kekal
    Kau katakan cinta gunakan minda
    Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
    Bagaimana nak bahagia


    welcome to aWeKsOpAn blog
    Reply With Quote Reply With Quote   Share with Facebook

  5. #5
    Senior
    graffiti's Avatar

    Join Date: Jul 2007
    Age: 17
    Posts: 483

    siapakah lelaki xder ker? hehehehe

    BTol Tu..SIAPA LELAKI X DER KER???
    Reply With Quote Reply With Quote   Share with Facebook

  6. #6
    Aggressive

    Join Date: Nov 2007
    Posts: 536

    tuler pasal...tgk..bangga dah snow tu..
    Reply With Quote Reply With Quote   Share with Facebook

  7. #7
    Aggressive
    shaman_king's Avatar

    Join Date: Dec 2007
    Posts: 849

    Quote Originally Posted by sam_01 View Post
    siapakah lelaki xder ker? hehehehe..
    tentulah ada nanti aku buat thread tentang lelaki lak..
    Reply With Quote Reply With Quote   Share with Facebook

  8. #8
    Senior
    nuruddin's Avatar

    Join Date: Jul 2007
    Age: 18
    Location: dlm rmh
    Posts: 277

    tetapi sekarang
    perempuan boleh hidup tanpa suami
    Reply With Quote Reply With Quote   Share with Facebook

  9. #9
    WuT??
    malyanah's Avatar

    Join Date: Jul 2007
    Location: dlm umah..
    Posts: 4,323

    Quote Originally Posted by nuruddin View Post
    tetapi sekarang
    perempuan boleh hidup tanpa suami
    sapa kata???huhu
    tp ada sesetengah pmpuan leh hdp tnpa suami ada sesetengah x...tp kalu blm khawin mmg time tu x prlukn suami...haha...
    HdP MzTi dTruSkN


    Reply With Quote Reply With Quote   Share with Facebook

  10. #10
    Aggressive
    izzo88's Avatar

    Join Date: Sep 2007
    Age: 25
    Location: Gotham City
    Posts: 646

    bnyk keistemewaan yg dberikan pd org ppuan..jd pandai2la mensyukuri nikmat yg diberikn..
    MENDENGAR KUCING TIDAK BERGIGI..TIKUS BERANI LOMPAT TINGGI..


    Reply With Quote Reply With Quote   Share with Facebook

+ Reply to Thread

Similar Threads

  1. Siapakah di sebalik Facebook
    By cyberchanglun in forum Internet
    Replies: 11
    Last Post: 03-15-2010, 11:51 AM
  2. Siapakah Orang Yang Paling Sibuk..
    By Bendahara_Johor in forum Sepaku Nur Addin
    Replies: 7
    Last Post: 07-08-2009, 06:04 PM
  3. Perempuan: Di mana keseksian seorang perempuan?
    By LePaK in forum Sembang Santai Sepaku
    Replies: 157
    Last Post: 06-28-2009, 10:41 AM
  4. Kekeliruan Ttg Siapakah Mahram Kita?
    By babey in forum Sepaku Nur Addin
    Replies: 6
    Last Post: 07-17-2008, 07:54 AM
  5. siapakah kita??? siapa......yaaa...??
    By luvflowerpot in forum Sepaku Nur Addin
    Replies: 0
    Last Post: 05-29-2008, 03:06 PM

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts